Order dari kak farah member utp dulu. Kali ni kak farah order Red Velvet Cake and request design ada thumbs up mcm Dr. Rozmey katanya. hahaha..so saya ikutkan saje.
Then 1 lagi set Choc moist cuppies with buttercream and request gurly girls toppers. Ada handbag, lisptic, Lips & blusher & eye shadow. Tapi dah siap2 ikat kotak sume baru perasan yg tak tgkap gmbar lg. So malas nk bukak dah..so gmbr tu je la yg ada. huhuhu
Order dari Noorizyan, lecturer di Kolej Komuniti Pasir Salak sempena birthday anaknya. Izyan order Italian Rainbow Cake + EI angry bird, Pavlova feat Passion fruits & RV Cuppies.
Design utk cake birthday tu sebelum ni pernah buat. Izyan request nak macam tu. So saya yg menurut perintah. ^____^
Order dari Tim sempena meraikan perpisahan sahabat baiknya merangkap sekali rakan sekerja, Nana yg akan berpindah ke Putrajaya.
Actually last minit order. Kesian plak nk tolak sbb Tim mmg selalu order. Nana pon saya kenal. Tim order Rv Cake yg Kek Karamel 2biji. Mula2 saya tak janji le dpt buat 2 ke tak. Sbb ada order len lg nk buat. Tapi alhamdulillah sempat siap juga.
Thanks Tim.
p/s: gambar blurr & gelap skit sbb guna HP COKIA je.
Order dari kawan lama ni..schoolmate di SMGR dulu. Cici keje kt Putrajaya. Tapi kebetulan dia dtg Ipoh atas urusan kerja, alang2 dia order la. Katanya nk lepas kempunan. Sanggup redah dr Greentown ke BG. Nasib baik jumpe jalan ke rumah saya.
Order dari Farrah untuk birthday anaknya AUNI. Happy 1st Birthday Auni. Farrah request design utk kek nk ladybug & bumble bee, Tepi2 pon nk bunga fondant. Saya pula saje tambah mushroom tu. Comel le plak.
Selain kek, Farrah juga order RV cupcakes with cream cheese frosting.
Order dari Sobiha. Sobiha dah kire mcm regular customer sbb dah 3 kali order dgn saya. Kali ni Sobiha request special skit utk someone special definitely. Dia nak kek bentuk 'LOVE' then nk tengah2 kek penuh dgn crumbs dan tepi2 nk love2 tu.Saya yang menurut perintah dan hasilnya seperti dalam gambar. Sobiha juga order kek karamel tapi takde gambar le.
Order dari Ayu di Kg. Sungai Tapah Tambahahan. Sempena birthday dia dan 2 org lagi. Dulu Ayu pernah order utk birthday anak dia kalau tak silap.
Semalam terima sms dari Ayu, puji kek sedap. Appreciation yg sy terima dari customer macam Ayu ni menguatkan semangat saya untuk terus berusaha memberikan kek yg terbaik untuk semua customer saya. TQ ayu sbb sudi order dari saya lagi. ^____^
16nos Red Velvet Cupcakes with cream cheese frosting saiz M RM45
Order dari Fina yg kerja di UTP. RV cuppies ni 2nd order dari Fina. Sebelum ni Fina pernah order 2 biji Pavlova. Even dah 2x order belum lagi jumpe Fina face to face. Dia just minta hantarkan ke Olan Tom Yam Batu Gajah. Alaa dekat tapak pejabat Majlis Daerah yg lama tu. Itu le masa hantar cuppies ni semalam terbau masakan ala thai yg sedap dari dapur. Mcm sedap je..Nanti2 nak merasa juga le makan di situ.
Red Velvet Cake with cream cheese frosting 8" 1.5kg
Order dari Liza di Meru Heights. Order sempena birthday anak perempuan dia. Nak red velvet cake tapi nak deco pink2 skit. So terhasil le kek mcm tu. Simple saje. Bonus auntie kasi Ladybug sekor. huhuhu..
Actually, Liza dah jadi regular customer. Dalam masa less than 30days(1month) dia dah order 3x. Terima kasih banyak2 ye Liza. Dan alhamdulillah Liza suka semua kek2 yg dia pernah order.
16nos of Red Velvet Cupcakes with cream cheese frosting ~love is in the air~
Order pertama dari sepupu saya dari KULIM. Banyak sebenarnya yg dia order. Kita update satu2 le ye. Suriati order RV cupcakes in on behalf kakak dia, Doktor Suhaila. Doktor kan selalu busy. Adik le tolong dealkan.
Lately suka buat Rosette mcm tu. Sebab senang gile nak buat then bagi saya dah cukup cantik & simple. Layankan je la ye..
RED VELVET CUPCAKES with Cream Cheese Rosette 16nos (Saiz M)
Repeat order dari Inaz. Dah kire regular customer ni. Maybe Inaz peminat cheese kot. Order dia dulu Cheese Tart & RV Cupcake (cream cheese). Boleh geng dgn Pn. Apash, mmg peminat cheese. hehehe..
Anyway, thanks Inaz for your support. Nanti2 jangan lupe order lagi ye.
Red Velvet Cupcake Cream Cheese Topping Edible Image
Order dari Angah saya untuk birthday anaknya, Khalif Firhan. Happy 2nd Birthday E'an. Angah order 2 set. 1 RV cupcake ni dan satu 1 choc moist cupcake. Tapi gambar choc moist tu lupe nak snap. Cupcake ni ada special delivery sampai ke Penang tu. hahaha...
Angah buat majlis skit untuk Birthday Boy, so Mak Kecik (me) & family angkut sekali Pah Nah pergi le Penang untuk memeriahkan lagi majlis E'an.
Order dari Fatimah. Kawan ofis MamaNoa kalau tak silap. MamaNoa cerita kawan2 nye dok carik RV cake area Ipoh. So, tu yg MamaNoa rekemen saya kot. Thanks ye MamaNoa. Mulanya Fatimah nak kan cake. Saya kalau boleh tapi time weekend boleh la. Tapi dia nak cepat. Saya kata nak cepat cupcake boleh la. Cupcake ni takde leceh nak kena smoothkan icing. Sekejap bleh siap kan.
So, malam tadi jumpe kat Petronas Batu Gajah Perdana untuk hantar cupcake tu. Thanks ye Fatimah sebab sudi order dari saya.
Order dari Ayu (Kg. Sg. Tapah Tambahan) untuk majlis hari jadi anaknya yg ke-2. Ayu pon baru dapat baby last May. Kire baru lepas pantang le ni. Ayu juga minta cupcakes ni terus hantar ke rumahnya. Yup, kami ada buat delivery tapi ada caj le kan. Kalau masa ada of course boleh hantar. No hal punye.
Seorang Tukang Jaga Quality di kilang barang konkrit and baking is my passion. Where passion become my source of extra money. ^__^..I'm happily married to a man who I love so much and we're blessed with two beautiful princesses.
Choc Moist Cupcakes with choc ganache topping
16pcs (size M) - RM37
25pcs (size M) - RM55
**Please add RM10 for fresh strawberry(subject to availability)
Cupcakes (without deco)
vanilla/chocolate/vanilla choc chip/vanilla choc rice/Choc Moist
30 pcs (saiz M plain paper cup) - RM25
Cupcake with Fondant RM 4 - RM6 each.
Red Velvet Cupcakes with cream cheese topping
16pcs (size M) - RM 45
** For Bulk Orders (100pcs above) at least 50% deposit required for each order and 2weeks confirmation needed.
Menu & Harga Wedding Cake (Steam Buttercream)
1 tier 8" a) Sponge Cake - RM70
b) Butter Cake - RM80
c) Choc Moist - RM100