Subscribe Facebook Email
Showing posts with label buttercream. Show all posts
Showing posts with label buttercream. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Order 01-07-12



Crown birthday cake for Princess Hasya.
Choc moist cake with buttercream and Fondant deco.

Order dari Alin untuk birthday anak nya. Alin buat sambutan bday anaknya di rumah mak dia. Yang dekat je dgn rumah saya. So, senang skit nk deliver cake mcm tu..huhuhu..

Hasya ske princess concept. Asalnya nk buat Princess Barbie doll tapi Alin ckp takut kang anaknya tak mau potong sbb sayang..huhuhu..after a discussion Alin ckp buat crown pon dah cukup. So itu le hasilnye dr saya yg tak bape nk kreatif.

Order 30-06-12



16nos Choc Moist Cupcake
with buttercream

Farah dr Kg. Sri Jaya order cuppies untuk kawannye yg bertunang. Farah nk hitam merah. Mcm biasa buttercream susah nk dpt hitam betul2..jadi le kelabu gelap + merah. hehehe..Alhamdulillah Farah berpuas hati & kata cantik. I likee...TQ dik

Tuesday, May 29, 2012

Order 23-06-12


 16nos 2.5oz solo cup
choc moist cupcakes with buttercream



Pavlova

Order dari Kak Faiz dari Sri Iskandar. Mintak dihantar ke rumah nya Rabu malam khamis. Katanya utk makan2 je. So design simple2 sudah janji cream ada warna pink. Alhamdulillah k.faiz berpuas hati siap nk order lain utk hari ahad lepas. Tapi saya dah full tak dpt le nk terima order k.faiz. Lain kali le ye kak.

TQ so much!!

Thursday, May 24, 2012

Order 20-05-12

 

Choc Moist Cake
with buttercream + EI
8" 2.0kg

Order dari ofismate SIL, Kak Mona. Obviously untuk birthday anak dia. Glamer tol design rumput2 dgn bunga kat tepi2 kek ni. hehehe..dah customer minta, saya buatkan je la..
Alkisah kek ni, sebelum tidur kek dah siap dibakar. Sementara nk tunggu kek sejuk saya tidur dulu. Cadang nk bangun kol 4pg makeup kan kek. 

Sebabkan esoknya takde kelas baking so agak free le. Jadinya amat malas nk bangun kol 4pg tu. Sampai le en.suami kejutkan kol 4.30pg.

Masa tgh sediakan bahan2 sume. MIL bgtau yg adik iparnya meninggal dunia di Selayang. Kelam kabut le saya siapkan order semua sebelum bergegas ke Selayang. Alhamdulillah order siap. Dan kami sempat sampai ketika jenazah sedang dimandikan di masjid.




Al-Fatihah untuk Ayah Nyah. Semoga tenang di sana.

Wednesday, May 23, 2012

FAST SALE!!

16nos Choc Moist Cupcake
with buttercream
Solo cup 2.5oz

Harga biasa RM35, Sekarang offer HANYA RM28!!
Hanya ada 1 set sahaja.
Siapa cepat dia dapat.
Hubungi 0195736516.

Wednesday, May 2, 2012

Order 28-04-12_02

16nos Choc Moist Cupcakes
with buttercream
solo cup

Order dari wife kawan tempat keje. Untuk adiknya bertunang. Hantarannya warna tema hijau lumut. So nk bg cupcake tak tenggelam sgt, kita buat hijau  & kuning. Harap akak berpuas hati ye.

Order 27-04-12

Tuesday, April 24, 2012

Order 23-04-12_02

 25nos Choc Moist Cupcake 
with buttercream + Piping Jelly


 
25nos Choc Moist Cupcake with buttercream

Order dari Farrah (Bdr Sri Iskandar) untuk makan2 dengan student nye. Farrah takde request any design, so ikut ske hati teman je la nk buat cane kan. Thanks Farrah..



Order 23-04-12_01






Choc Moist Cupcake with buttercream
16nos 2.0z solo cup

Order dari anak jiran sebelah rumah sempena birthday mak nye semalam. TQ Diera sbb sudi order dr akak. Mak nye terkejut sbb pagi2 b4 gi keje MIL gi hantarkan cuppies ni pada dia. Surprise gitu..





Order 21-04-12_03







Choc Moist Cupcake with buttercream
2.5oz



Order dari Yan (Kg. Pisang BG) untuk majlis cukur jambul anak nya. 50biji single dome packaging. Yan request warna biru & pink. Harap Yan berpuas hati. 


Order 20-04-12


16nos Choc Moist Cupcake
Buttercream + fondant


Order dari Faten untuk kawannya yg akan bertunang pada Jumaat lepas. Design Faten serahkan pada saya je. Cuma request color Biru. So itule hasilnya. Alhamdulillah Faten berpuas hati. Minggu depan Faten pula akan berkahwin. Alhamdulillah diberi kepercayaan sekali lg untuk buat kek hantaran Faten. TQ Faten.

Monday, April 9, 2012

Order 07-04-12





Last weekend baking activities, 120nos Blueberry cheese tart, 2 set of cupcakes, 2nos Kek Karamel and 1 Pavlova. Completed it in less than 16 hours.

Order ni sepupu2 dari Kulim punye. Bila dorang balik Ipoh je konpem nak order. Kali ni dorang order banyak gila. Saje jamu utk keluarga makan2 time berkumpul. Anyway TQ Lala & Cuya. Korang betul2 sapot kak apash. Thanks again. ^____^


 

Monday, April 2, 2012

Order 30-03-12_02


Order ini dari Kak Marina, kakak pengantin yg order wedding cake tadi tu. Kek Choc Moist + Buttercream +Edible Image. Untuk birthday anak nye yg pertama. Nama pon Hana lebih kurg sama ngn anak teman. ^___^

Wedding cake tadi dah satu cerita. Kek ni pon ade cerita juga. Kek ni subuh Jumaat tu cuma sempat sapu crumb coat je (1st coating). Then simpan dalam peti sejuk, teman gi keje. Balik kerja terus cargas bancuh buttercream. Nak mula deco je..KAREN TAKDE. Nasib baik cream dah siap bancuh. Kalau tak lg naya. Even baru ptg, rumah teman kalau tak berlampu mmg gelap je. Tarik meja ke pintu skit..deco le kek dalam gelap. Hahaha...Nasib baik deco nye simple je. Berjaya le buat. Cer kena buat rose ke ape..Pengsan!!


Order 30-03-12_01




Ini adalah projek kek kahwin 2 tingkat teman. Order dari kawan en.hubby. Alhamdulillah hasilnya memuaskan hati saya & customer. Banyak perkara yg saya pelajari semasa pembikinan ini kek. Do's & Don'ts. So, pas ni kalau ade order lg..insyaAllah kek akan lebih baik. ^____^

Kek ni customer minta hantar ke rumah Jumaat malam. Wedding dia esoknya. Sebab takde sape leh nk amik hantar hari sabtu tu before majlis mula. Masa hantar customer happy kata kena dgn tema dia. Alhamdulillah.

Tapi nak dijadikan cerita..pagi esoknya kakak pengantin call kata bunga rose yg kek bawah tu sume dah jatuh. Haaaa???Rupenye tak simpan kek dalam peti sejuk.. Krim jd lembik skit..bunga rose tu berat..so melurut jatuh ke bawah le.

Sayang nye..tapi apa boleh buat. Sy minta kek tu hantar balik rumah..saya repair apa yang boleh. Sebab masa dan suntuk. Buat yg termampu..tapi gambar lupe nk snap. Alahai..dugaan betul buat sy & pengantin.

Kenangan yg takkan sy lupekan buat selamanya. T____T

Saturday, February 4, 2012

Order 04-02-12




KU LIHAT HIJAAAUUUUU.....

Chocolate Moist Cake
with buttercream
saiz 11"
3kg

Order dari Shima Hazzuwan. Shima tinggal di Selangor tapi balik kampung di Parit utk sambut birthday anaknya yg pertama. Cerita Shima dia google baker area berdekatan terjumpa le blog Apash Sweet Treats. Batu Gajah & Parit tak jauh mana. Itule namanya rezeki kan.

Thanks to shima, saya dapat experience utk buat kek besar dan berat. Lepas makeup dgn buttercream jadi 4.5kg. Phewww!! Angkat elok2 jangan terlepas...Orang baru macam saya ni biasa buat pon saiz 8" je pon.

Kek adalah choc moist. Saya buat 3 layer di antara layer sapu buttercream. Bagi tinggi kek baru cantik. Nasib baik kek utk birthday boy kalau tak konpem saya letak bunga kecik2 yg comel kat kek tu. huhuhu..Nak buat ladybug/bee takde masa. Next time kena buat in advance le then simpan. Senang nanti nak guna amik saje kan.


Order 03-02-12_Part 2



16nos choc moist cupcakes
with buttercream
Pink + light blue theme

Cupcakes untuk hantaran pertunangan sepupu saya Suriati di KULIM. Request nak pink + light blue then tulis nama dorang. So itu le hasil dari saya yg tak berapa nak pro ni. Kan cakap mesti ada rosette kan...hahaha...

Monday, January 30, 2012

Order 30-01-12


Chocolate Moist Cake
with buttercream + edible image
8"
2kg


Order dari Kak Zie, cikgu Sek. TIWA untuk birthday anaknya. Request hantar ke TASKA anaknya pagi tadi. So, on d way ke office tadi sekali hantar je la. Tu le kalau order sekitar Batu Gajah, free delivery je.

Bebudak skang gile benor dengan Angry Birds ye. Bila order kek Birthday je nak Angry Birds. Then kek tu ade pink skit sebab birthday girl suka color pink. Harap2 bebudak kat taska tu suka le..

Thursday, January 19, 2012

Order 18-01-12



Chocolate Moist Cake
with Buttercream + Edible Image
8"
2kg

Order dari Siti Fatimah dari Batu Gajah Perdana
Sempena sambutan Hari Jadi anaknya.

Tuesday, January 3, 2012

Door Gift_01

Butter cupcake 2.5oz Solo cup with fondant.
Door gift for the VIP's (Bride's side)


Close up Fondant Butter cupcake

Choc Moist Cupcake with buttercream deco for the rest of the guest.


My 1st project ever for door gift for wedding. Sebelum ni buat bubuh dalam dome casing je. Senang kerja kan. Even hanya 200nos amat mencabar tau. Yela terlalu banyak interruption bila ada 2orang anak yg masih kecil. Tapi alhamdulillah akhirnya berjaya juga. huhuhu..tapi dengan bantuan ahli keluarga lain.

Actually door gift tu adalah untuk majlis resepi perkahwinan adik lelaki saya yg berlangsung Sabtu lepas ni Dewan Taming Sari, Silveritage Ipoh.

Anyway, all photos credit to Nisa, anak kepada sepupu kami. TQ Nisa. Gambar pose cupcake tak sempat nak snap sebab busy ya amat tak sempat.

Monday, December 19, 2011

Order 16-12-11


16nos Butter Cupcake
with Buttercream

Kek di bawa all the way to Putrajaya. Decorate cupcake di sana. Kemudian delivered to my cousin @ TTDI. Jauh berjalan cupcake ini. huhuhu..

Actually tak lama dulu saya ada bagi the same cupcake utk my cousin. Then kali ni sebab kebetulan saya nak ke KL. Tu yg dia order pula. Anyway thanks Kak jie.

Followers