Subscribe Facebook Email
Showing posts with label kek karamel. Show all posts
Showing posts with label kek karamel. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

Sticky Post: PROMOSI RAMADHAN




PAVLOVA
Harga Biasa = RM40
Harga Promosi = RM35

KEK KARAMEL
Harga Biasa = RM35
Harga Promosi = RM30

Untuk tempahan boleh hubungi 0195736516.
Self collect sahaja. Tiada servis penghantaran disediakan sepanjang bulan Ramadhan.
Lokasi: RPA Bemban, Batu Gajah, Perak.

Friday, July 27, 2012

Order 07-07-12

Bila sepupu dari Kulim balik Ipoh konpem dorang order byk gile. Sekali sekala sanak saudara berkumpul..maka ramai le tukang makan nya. Berkumpul sempena kenduri sambut puasa. Kebetulan terkena dgn birthday beberapa orang. So merangkap order utk jd birthday kek. huhuhu

Kali ni dorang order Pecan Heaven, Choc Indulgence, 2 biji Kek Karamel, cream puff & 150biji blueberry cheese tart.



Thanks a lot Lala, Neng & Cuya.

Tuesday, June 19, 2012

Order 14-06-12


Pavlova
Kek Karamel
Slice Cake Sale: Choc Indulgence

Pavlova order dari student UTP, Nabila order Kek Karamel dan Choc Indulgence utk slice cake sale. 10 slice dijual..2 slice makan sendiri. Gemuk le lagi le nampak gayanya. T___T

TQ so much ye.

Monday, June 11, 2012

Order 07-06-12

Kek Karamel
Choc Moist Cupcake with choc Ganache

Order dari K.Faiz di Sri Iskandar. Ni order ke-2 dari K.Faiz. TQ ye kak sbb support saya.

Friday, June 1, 2012

Order 25-05-12


Order dari Tim sempena meraikan perpisahan sahabat baiknya merangkap sekali rakan sekerja, Nana yg akan berpindah ke Putrajaya.

Actually last minit order. Kesian plak nk tolak sbb Tim mmg selalu order. Nana pon saya kenal. Tim order Rv Cake yg Kek Karamel 2biji. Mula2 saya tak janji le dpt buat 2 ke tak. Sbb ada order len lg nk buat. Tapi alhamdulillah sempat siap juga.

Thanks Tim.

p/s: gambar blurr & gelap skit sbb guna HP COKIA je.

Tuesday, April 3, 2012

Order 01-04-12


 

Order dari Seri. Seri tinggal di KL rasanya tapi balik rumah Mak dia di Seputih. Seri order 2 layer Pavlova & sebiji kek karamel. Kali ni Pavlova special skit sebab saya tambah buah markisa (Passion Fruit).

Semalam terima sms dari Seri,

"Mmg sedap Pavlova sampai kek karamel xbape nk laku. Adik yg xmkn buah pon abis licin dmakannya. InsyaAllah nanti nk order lg yek"

Alhamdulillah...seperti biasa yg saya akan kata "Customer suka..saya laaagiiiii suka"
^___^



Saturday, March 3, 2012

Order 01/03/12

16nos Kek Karamel Mini
Super cute super sedap.
Yummy!!

16nos Choc Moist Cupcake
with Choc Ganache


Order dari Liza Meru Heights. Kalau sape2 yg betul2 ikuti blog ni konpem familiar dengan nama Liza ni. Mana taknye..dalam masa sebulan gitu dah 4 kali Liza order kek tau. Terharu aii dengan support yg Liza bagi. Thanks dear. ^___^

Wednesday, February 8, 2012

Order 08-02-12




3nos of Kek Karamel

3 biji kek yg akan dibawa ke Putrajaya hari ini oleh Angah saya. Order dari kawan2 Angah & kawan saya. Thanks to Lin, Kak Aja & Kak Soda. Thanks to Angah yg offer diri untuk tolong bawak. huhuhu..nk komisen minta pada deme..hahahaha...

Pas ni boleh buat bisnes tau Angah. Setiap order dr sana ada charges extra RM5 bagi setiap kek. Kire upah untuk angah bawak dr Ipoh ke Putrajaya le kan. Ok whatt??

Saturday, February 4, 2012

Order 03-02-12_Part 3



50 nos Blueberry Cheese Tart
2 nos of Kek Karamel


Suriati juga order Blueberry Cheese Tart & Kek Karamel yg dah lama dok mengidam, akhirnya dapat juga. Terus order 2 biji kek sebab bukan selalu boleh nak hantar ke KULIM ni. Kalau duduk dekat area sini boleh le order je bila nak. Dulu Suriati ada pernah request masa my bro kahwin tapi masa tu busy benor dgn doorgift wedding tak dapat le nak buatkan kek utk dia. Maybe kek & cheese tart ni untuk makan2 kot. Wallahualam le..

Actually ada lagi 2 biji kek karamel tapi tak sempat nak snap sebab dah mengantuk sgt2 mata tak larat nak bukak dah. Lately tidur tak berapa nak cukup sehari tidur 3-4jam je. Order dari Angah saya nak bawa balik ke rumah MIL dia di Penang. Datang rumah dekat kol 12pm malam tadi. En.hubby je yang tolong bagikan kek tu. huhuhu.

Saturday, January 28, 2012

Order 28-01-12

Kek Karamel

Order dari Erlina dari Bandar Meru Raya.
TQ dear

Wednesday, January 25, 2012

Order 21, 23, 24-01-12

Order dari Untie Tah & Amir Daud
TQ


Order dari Zuraini
TQ


Order dari Annie
TQ


Sepanjang cuti CNY ni, saya ada 6biji order utk Kek Karamel. Kek ni mmg menjadi kesukaan ramai pihak. Alhamdulillah rata-rata berpuas hati dgn kek ini. Thank you for your support.

Monday, December 12, 2011

Order 09-12-11_02


Kek Karamel

Second order of the day. Order dari kakak senior saya SMGR dulu. Kami dulu satu team netball. Tetiba teringat kenangan dolu2...

Kak Sarah pick up kek ni kat kilang saya je. Pagi juga sebabnya kata nak pergi cameron. Wahh, merasa kek Karamel saya 'bercuti' di Cameron. Hahahah..mula le nak mengarut kan.

Anyway, thanks kak sarah.

Saturday, December 10, 2011

Order 09-12-11


Kek Karamel lagi.
Kek yang paling hot di Apash Sweet Treats sekarang ini. Return order dari kawan suami.
Terima kasih atas sokongan anda.

Friday, December 9, 2011

Testimonial Customer



Testimonial dari customer pertama saya yg beli Kek Karamel.
^__^

Saya hepi bila customer satistfied.

Thursday, December 8, 2011

COD @ Putrajaya - TEMPAHAN DITUTUP

MAAF TEMPAHAN SUDAH DITUTUP.
Tak dapat ambil banyak2 order sebab nanti tak muat kereta.
^___^

.....................................................


Saya akan berada di Presint 18, Putrajaya pada 16 Dec ini. Sesiapa yang berminat untuk order cakes/cupcakes boleh lah menempah sekarang dan collect secara COD pada tarikh tersebut di sana.


Tempahan dibuka sehingga Isnin depan(12/12/11)
Boleh hubungi saya terus di 019-5736516.

Harap Maklum.



Mahu merasa kelazatan produk baru Apash Sweet Treats, KEK KARAMEL?
Puding karamel di atas dan kek yg lembut di bawah.
Kek dengan warna-warna pelangi pasti menarik minat anak-anak.

Order 07-12-11

Kek Karamel
8"
dalam 1kg

Order yang pertama saya dpt untuk Kek Karamel ni. Rezeki bulan Muharam. Alhamdulillah. 1st customer saya ni kawan suami. Datang rumah haritu saya jamu kek ni. Punya le suka makan sampai 2 slices. Then terus order. Suka benor le tu kan.

Sebelum Maghrib semalam dia dtg ambil kek ni. Lepas Isyak je dia sms suami kata kek dah licin dan nak order sebiji lagi Jumaat ni. Waahh...terima kasih atas sokongan anda.


Monday, December 5, 2011

Produk Baru: Kek Karamel


KEK KARAMEL
(Puding di atas kek di bawah)
size 8"
dalam 1kg

RM35

Pada warga Batu Gajah/Ipoh yang teringin merasa kesedapan kek karamel ni tapi malas nak bake sendiri. Apa lagi meh le tempah di Apash Sweet Treats. Penghantaran percuma sekitar Batu Gajah.

Followers