Subscribe Facebook Email
Showing posts with label edible image. Show all posts
Showing posts with label edible image. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Order 20-05-12

 

Choc Moist Cake
with buttercream + EI
8" 2.0kg

Order dari ofismate SIL, Kak Mona. Obviously untuk birthday anak dia. Glamer tol design rumput2 dgn bunga kat tepi2 kek ni. hehehe..dah customer minta, saya buatkan je la..
Alkisah kek ni, sebelum tidur kek dah siap dibakar. Sementara nk tunggu kek sejuk saya tidur dulu. Cadang nk bangun kol 4pg makeup kan kek. 

Sebabkan esoknya takde kelas baking so agak free le. Jadinya amat malas nk bangun kol 4pg tu. Sampai le en.suami kejutkan kol 4.30pg.

Masa tgh sediakan bahan2 sume. MIL bgtau yg adik iparnya meninggal dunia di Selayang. Kelam kabut le saya siapkan order semua sebelum bergegas ke Selayang. Alhamdulillah order siap. Dan kami sempat sampai ketika jenazah sedang dimandikan di masjid.




Al-Fatihah untuk Ayah Nyah. Semoga tenang di sana.

Monday, April 2, 2012

Order 30-03-12_02


Order ini dari Kak Marina, kakak pengantin yg order wedding cake tadi tu. Kek Choc Moist + Buttercream +Edible Image. Untuk birthday anak nye yg pertama. Nama pon Hana lebih kurg sama ngn anak teman. ^___^

Wedding cake tadi dah satu cerita. Kek ni pon ade cerita juga. Kek ni subuh Jumaat tu cuma sempat sapu crumb coat je (1st coating). Then simpan dalam peti sejuk, teman gi keje. Balik kerja terus cargas bancuh buttercream. Nak mula deco je..KAREN TAKDE. Nasib baik cream dah siap bancuh. Kalau tak lg naya. Even baru ptg, rumah teman kalau tak berlampu mmg gelap je. Tarik meja ke pintu skit..deco le kek dalam gelap. Hahaha...Nasib baik deco nye simple je. Berjaya le buat. Cer kena buat rose ke ape..Pengsan!!


Saturday, February 4, 2012

Order 04-02-12




KU LIHAT HIJAAAUUUUU.....

Chocolate Moist Cake
with buttercream
saiz 11"
3kg

Order dari Shima Hazzuwan. Shima tinggal di Selangor tapi balik kampung di Parit utk sambut birthday anaknya yg pertama. Cerita Shima dia google baker area berdekatan terjumpa le blog Apash Sweet Treats. Batu Gajah & Parit tak jauh mana. Itule namanya rezeki kan.

Thanks to shima, saya dapat experience utk buat kek besar dan berat. Lepas makeup dgn buttercream jadi 4.5kg. Phewww!! Angkat elok2 jangan terlepas...Orang baru macam saya ni biasa buat pon saiz 8" je pon.

Kek adalah choc moist. Saya buat 3 layer di antara layer sapu buttercream. Bagi tinggi kek baru cantik. Nasib baik kek utk birthday boy kalau tak konpem saya letak bunga kecik2 yg comel kat kek tu. huhuhu..Nak buat ladybug/bee takde masa. Next time kena buat in advance le then simpan. Senang nanti nak guna amik saje kan.


Monday, January 30, 2012

Order 30-01-12


Chocolate Moist Cake
with buttercream + edible image
8"
2kg


Order dari Kak Zie, cikgu Sek. TIWA untuk birthday anaknya. Request hantar ke TASKA anaknya pagi tadi. So, on d way ke office tadi sekali hantar je la. Tu le kalau order sekitar Batu Gajah, free delivery je.

Bebudak skang gile benor dengan Angry Birds ye. Bila order kek Birthday je nak Angry Birds. Then kek tu ade pink skit sebab birthday girl suka color pink. Harap2 bebudak kat taska tu suka le..

Thursday, January 19, 2012

Order 18-01-12



Chocolate Moist Cake
with Buttercream + Edible Image
8"
2kg

Order dari Siti Fatimah dari Batu Gajah Perdana
Sempena sambutan Hari Jadi anaknya.

Wednesday, November 9, 2011

Order 06-11-11



Red Velvet Cupcake
Cream Cheese Topping
Edible Image


Order dari Angah saya untuk birthday anaknya, Khalif Firhan. Happy 2nd Birthday E'an. Angah order 2 set. 1 RV cupcake ni dan satu 1 choc moist cupcake. Tapi gambar choc moist tu lupe nak snap. Cupcake ni ada special delivery sampai ke Penang tu. hahaha...

Angah buat majlis skit untuk Birthday Boy, so Mak Kecik (me) & family angkut sekali Pah Nah pergi le Penang untuk memeriahkan lagi majlis E'an.

Thanks ye Angah...

Followers